PaRa SahaBat KliK aLhaMduLiLLah aDa JuGa ReZeKi SaYa. nuffnang Ads


Rabu, 27 Jun 2012

SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI ISLAM SILAM






SAINTIS PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MENGKAJI MAYAT FIRAUN

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.



KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Isnin, 25 Jun 2012

ASAL USUL MELAYU MENURUT KAJIAN DNA.






Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’

Lebuhraya SMART Ditutup Rabu Ini






Lebuhraya SMART Ditutup Rabu Ini : Terowong SMART atau Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: “Stormwater Management and Road Tunnel“ (SMART) dengan kod E 38 adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut.

SMART merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.
Lebuhraya SMART di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula 11 malam pada Rabu, 27 Jun sehingga 6 pagi Khamis, 28 Jun bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.
Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd, dalam kenyataannya hari ini, menyatakan pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu.

Always on the look out for hilarious memes and interesting links? The best of the Internet's at #ChurpChurp.

Always on the look out for hilarious memes and interesting links? The best of the Internet's at #ChurpChurp.

#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran.




Allah swt menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Ahad, 24 Jun 2012

SAJADAH BERCAHAYA


SAJADAH BERCAHAYA Kontroversi tentang arah kiblat solat dalam Islam tampaknya akan terjawab bila kita menggunakan sajadah temuan terbaru Soner Ozenc. Sajadah futuristik yang menggabungkan teknologi electroluminescent Fosfor dan seni artistik ini akan memudahkan umat Islam yang menunaikan solat dalam menentukan arah kiblat. Sajadah yang diberi nama Sajjadah 1426 ini akan bercahaya semakin terang bila digelar tepat menghadap arah kiblat. Sebaliknya, cahaya akan semakin redup bila arah sajadah digeser menjauhi kiblat.


Belum diketahui berpa harga jual sajadah bercahaya ini. Namun dalam pameran perdana di Kuwait belum lama ini banyak peminat yang berkeinginan memiliki sajadah ini. Modul berbasis kompas canggih yang tertanam di dalam sajadah akan menuntun arah kiblat dengan menunjukkan cahaya paling terang bila arah kiblat sudah tepat. Sajadah ini tentu bermanfaat bila kita berada di hotel atau tempat baru yang belum jelas arah kiblatnya.

Jumaat, 22 Jun 2012

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah s.w.t


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

KENAPA DINAMAKAN ” JUMAAT”.



Dinamakan Jumaat kerana:
  1. Menghimpunkan manusia untuk menunaikan solat.
  2. Hari dihimpunkan manusia dan disempurnakan kejadiannya.
  3. Hari manusia dihimpunkan dan dihitung amalan mereka.
orang cakap kiamat berlaku pada hari jumaat .. betul kah ?

Jawapan sebenar hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui, daripada banyak-banyak riwayat memang terdapat hadis yang menyebut demikian.
Cuba kita renung bersama maksud hadis dibawah dalam berkongsi ilmu agama
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1404.
Dari Abu Hurairah katanya: “Pada suatu hari ketika aku berkunjung ke Thursina, maka di tempat itu aku bertemu dengan Ka’ab. Di tempat itu aku sempat bercengkerama dengan Ka’ab selama satu hari. Dalam seharian itu aku menyampaikan hadis-hadis dari Rasulullah, sedangkan Ka’ab menyampaikan padaku tentang isi kitab Taurat. Pada waktu itu aku sampaikan hadis Rasulullah: “Sebaik-baik hari adalah hari jumaat. Dihari itu Adam diciptakan dan dihari itu pula dia diturunkan dari syurga dan diterima taubatnya. Dihari itu pula dia wafat. Dihari jumaat, hari Kiamat dibangkitkan. Bila tiba hari jumaat tidak satu pun makhluk dibumi selain manusia, kecuali merasa akan takut, sebab mereka kuwatir kalau-kalau hari Kiamat akan tiba di hari itu juga. Dihari jumaat ada satu waktu yang apabila seorang mukmin berdoa ketika didalam solatnya, maka Allah akan mengabulkan doanya”. Kata Ka’ab: “Hal itu hanya terjadi dalam satu tahun sekali.” Kata Abu Hurairah: “Bahkan hal itu terjadi setiap hari jumaat”. Selanjutnya kata Abu Hurairah: “Setelah Ka’ab membaca kitab Taurat, maka dia berkata: “Sungguh benar apa yang diucapkan Rasulullah saw. bahawa saat mustajab itu terjadi setiap hari jumaat.” Selanjutnya kata Abu Hurairah: “Setelah aku keluar, maka aku bertemu dengan Basrah bin Abi Basrah Al-ghifari. Tanya Basrah: “Dari mana engkau?” Kataku: “Aku baru datang dari Thursina”. Kata Basrah: “Sungguh andai kata aku menemui mu sebelum engkau pergi ke sana, tentunya aku akan mengatakan sesuatu yang menyebabkan kamu tidak akan ke sana”. Tanyaku: “Mengapa demikian?” Jawabnya: “Sebab aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Tidak perlu mengenderai kenderaan, kecuali hanya untuk menuju ketiga Masjid saja: Masjidil Haram Masjid Nabawi, dan Masjid Baitul Maqdis”. Selanjutnya kata Abu Hurairah: “Ketika aku bertemu dengan Abdullah bin Salam, maka aku katakan padanya: “Tadi aku pergi ke Thursina, lalu aku bertemu dengan Ka’ab. Di sana aku sempat bercengkerama selama satu hari untuk membicarakan tentang hadis Rasulullah saw dan diapun sempat memberitahukan tentang isi kitab Taurat kepadaku. Disaat itu aku berkata: “Rasulullah saw. pernah bersabda: “Bahawasanya sebaik-baiknya hari, adalah hari jumaat. Dihari itu Adam diciptakan dan dihari itu pula Adam diturunkan ke bumi. Dihari itu pula dia diterima taubatnya. Dan dihari itu pula dia diwafatkan. Dihari jumaat Allah akan membangkitkan hari kiamat. Kerana itu, tidak datang hari jumaat melainkan setiap makhluk -selain manusia- pasti akan merasa takut, sebab takut kalau-kalau dihari itu hari Kiamat akan dibangkitkan. Dihari jumaat terdapat satu saat mustajab yang apabila seorang mukmin berdoa pada waktu itu ketika dia sedang dalam solatnya, pasti Allah akan mengabulkannya”. Kata Ka’ab: “Yang demikian itu hanya terjadi dalam satu tahun”. Jawab Abdullah: “Sungguh Ka’ab telah berdusta”. Kemudian setelah Ka’ab membaca kitab Taurat, maka dia berkata: “Apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah saw, bahawa saat mustajab itu terjadi disetiap hari jumaat, adalah benar”. Jawab Abdullah: “Kalau begitu, apa yang dikatakan oleh Ku’ab itu adalah benar dan aku lebih mengetahui tentang saat mustajab itu dari Ka’ab.” Kataku: “Kalau demikian ceritakan padaku, Wahai saudaraku tentang saat mustajab dihari jumaat itu”. Kata Abdullah: “Saat mustajab itu terjadi diakhir waktu hari jumaat sebelum terbenamnya matahari”. Kataku: “Tidakkah engkau pernah mendengar sabda Rasulullah saw.: “Disaat itu tidak seorang mukmin pun yang berdoa ketika dalam solatnya, melainkan dia akan dikabulkan oleh Allah permintaannya”. Kalau tadi engkau katakan bahawa saat mustajab itu terjadi diwaktu akhir hari jumaat sebelum terbenamnya matahari, tentunya pada waktu itu tidak ada solat apapun, bagaimana hal itu bisa terjadi?” Jawab Abdullah: “Tidakkah engkau mendengar Rasulullah saw, bersabda: “Seorang yang mengerjakan solat farduh, kemudian dia duduk untuk menunggu datangnya solat fardhu berikutnya, maka dia akan dicatat sebagai seorang yang sedang mengerjakan solat”. Kataku: “Ya, memang aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda demikian”. Jawab Abdullah: “Kalau demikian, seorang yang menunggu tibanya solat maghrib setelah dia melakukan solat asar dihari jumaat, maka ia termasuk seorang yang melakukan solat sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi dalam sabdanya diatas

Khamis, 21 Jun 2012

Sejarah Seni Silat Kuntau Tekpi.



Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di Kedah sejak kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.
Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Allahyarhamah Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak nya Allahyarham Pakguru Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Allahyarham iaitu A.Sani yang kini menjadi Paduka Ayahnda Guru Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia.
Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.
Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.
Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.
DALAM filem 6 Jahanam, kita terpana melihat Tantari (lakonan Tan Sri P Ramlee) tangkas bermain tekpi, sejenis senjata bercabang tiga.
Namun, ramai tidak menyedari tujuh tahun sebelum Merdeka Studio, Hulu Klang menerbitkan filem itu, pengarah Salleh Ghani terlebih dulu memperkenalkan tekpi, senjata digunakan srikandi Melayu melalui filem Tun Fatimah terbitan Cathay Kris Film di Singapura pada 1962.

Bagi Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (PSSKTM), Abdul Sani@Rani Zainol, 69, sememangnya tekpi asing di layar perak kerana umum maklum keris dan pendekar Melayu bagai isi dan kuku.

Namun, beliau bersyukur sempat mencurah ilmu kepada P Ramlee pada era 1960-an, selain menggunakan laman rumah Salleh di Kampung Klang Gate Baru pada hujung 1980-an sebagai gelanggang bagi melahirkan pendekar tekpi.Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Siput, Jalan Weng, Baling, Kedah, Abdul Sani yang mesra dipanggil Cikgu Sani atau Pak Guru sedar kudratnya tidak mengizinkan beliau membuka gelanggang tekpi lagi.

Bagaimanapun, beliau berbangga selama setengah abad memperjuangkan seni silat kuntau tekpi, anak jati Kampung Weng, Baling ini membuka lebih 300 gelanggang silat tekpi, sekali gus melahirkan lebih 30,000 pendekar tekpi.

Keahlian tekpi aktif kini lebih 5,000 orang, termasuk seorang pemuda Amerika Syarikat yang belajar tekpi selama empat bulan pada tahun lalu.

“Saya cuma meneruskan amanah moyang saya, Panglima Taib Wan Hussin hingga ke ayah saya, Allahyarham Zainol Abidin Endut untuk tekpi terus bertapak dari generasi ke generasi.

“Faktor usia, selain sekarang banyak menghabiskan masa di kampung, menyukarkan saya bergiat aktif. Saya sandarkan tanggungjawab ini pada anak dan daripada lapan beradik, empat anak saya menjadi harapan bagi meneruskan legasi tekpi,” katanya.

Jika sebelum ini Cikgu Sani menjawat Pengerusi Agung PSSKTM sejak dua tahun lalu, tanggungjawab itu kini diserah kepada anak ketiganya.

Bekas perisik ATM ini berkahwin dengan Latifa Che Ya (kini Allahyarham) dan dikurniakan lapan anak, iaitu Noor Anifah, 46; Khairul Nizar, 42; Kharirul Fazli, 40; Nor Zifahani, 37; Khairul Azwadi, 32; Nur Alita, 30; Amirul Mukminin, 23, dan Amira Natasha, 17. Beliau kini berkahwin dengan Ku Anizah Ku Ain dan dikurnia 15 cucu.

Semua anaknya diajar bersilat sejak kecil, malah ada yang berjaya membuka gelanggang tekpi. Lebih istimewa, anak sulungnya, Noor Anifah pernah meraih perak untuk negara pada Sukan Sea 1989 dan pingat perak mewakili Selangor di Kejohanan Silat Kebangsaan 1998.

Anak keempatnya pula mewakili Kedah di Sukan Sukma 1995, begitu juga anak bongsunya mewakili negeri jelapang padi itu untuk silat olahraga.

Berdasarkan catatan, tekpi dipercayai berasal dari China sebelum tiba di Kedah melalui pedagang India dan China di utara tanah air bersempadan dengan Thailand.

Ia dikatakan berakar sejak 1556 apabila diajar kali pertama kepada Sultan Kedah. Susur galur keturunan Cikgu Sani pula daripada Panglima Taib, panglima istana yang bertanggungjawab menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.

Panglima Taib mewariskan ilmu itu kepada anaknya, Allahyarham Siti Aminah yang digelar Srikandi Kedah, seterusnya diwarisi anaknya, Zainol hingga ke generasi Cikgu Sani. Bagi Cikgu Sani, selain ketangkasan bermain tekpi, penambahan ilmu secara ritual antara amalan diamalkan sebelum ini, seperti membersihkan diri dengan ‘berkhalwat’ di Gunung Ledang sehingga 101 hari mengikut ketahanan pesilat.

“Paling cepat pesilat tekpi berkhalwat di Gunung Ledang selama tiga hari, malah ada mencecah seminggu, 21 hari, 41 hari dan 101 hari. Dalam tempoh berkhalwat, pesilat dikehendaki berpuasa, seterusnya mengamalkan zikir. Berbuka ala kadar, tetapi bukan untuk kenyang.

“Kita juga buat mandi minyak, tetak lengan, bersilat atas kaca selain terjun ke gelung api. Bagaimanapun, tidak semua diterima menjalani amalan ini. Lazimnya kita buat saringan untuk memilih mereka yang layak, terutama yang bersih jiwanya.

“Ini perlu kerana kita tidak mahu anak muda taksub lalu takbur dengan ilmu yang mereka miliki. Paling penting, mereka harus menghormati persilatan lain sebagai satu rumpun Melayu,” katanya.

Jalinan ukhuwah dititikberatkan Cikgu Sani apabila saban tahun mengadakan perjumpaan dinamakan Hari Hol di gelanggang Panglima Taib.

Penghujung tahun lalu, selain menyampaikan selempang kepada tetamu VIP seperti Adun Bayu, Azmi Che Hussein; pewaris diraja Perak, Raja Ahmad Nazri dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Affifudin Omar, setiap wakil negeri dikehendaki mengadakan demonstrasi dengan Terengganu menjuarai.

Selaku anak sulung, Noor Anifah berkata, Hari Hol PSSKTM ke-26 baru-baru ini memberi impak tersendiri berikutan ramai generasi baru menghadirinya.

Secara peribadi, Noor Anifah yang juga pegawai polis IPD Daerah Perak Tengah tertarik dengan pasukan Terengganu dipimpin Kapten Baharuddin Abdul Ghani apabila dua beradik, Mohd Firdaus Arif, 10, dan Mohd Hidayat Arif, 7, turut mahir bermain tekpi.

“Kedua-duanya masih kanak-kanak tapi jiwa pendekar mereka terbukti. Hari Hol lazimnya dibuat di Kampung Pak Guru di Baling tetapi timbul cadangan untuk membawanya di luar dan tidak mustahil untuk 2012, Terengganu pula menjadi tuan rumah perjumpaan PSSKTM,” katanya.

Anak kedua, Khairul Nizar selaku Ketua Guru Jurulatih Kanan berkata, sekalipun bermain tekpi sejak berusia lima tahun, beliau turut mempelajari seni bela diri lain seperti silat cekak dan taekwondo. Ketika menuntut di Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, beliau belajar silat gayung.

“Abah memang galak saya belajar seni bela diri lain bagi menambah ilmu. Saya beruntung kerana sempat berjumpa arwah datuk, dan sebagai cucu-cicit Panglima Taib, menjadi tanggungjawab kami adik-beradik memastikan tekpi dapat diteruskan oleh anak cucu kami,” katanya.

Khairul Nizar yang bertugas sebagai Jurulatih Pemandu Shell pernah mewakili Negeri Sembilan dalam acara silat di Sukma 1991. Beliau paling aktif membuka gelanggang silat kuntau tekpi di Port Dickson apabila setakat ini enam gelanggang dibukanya serta di merata sekolah.

“Ikutkan, saya nak buka banyak lagi gelanggang tekpi, tapi komitmen saya dengan tugasan di Putrajaya membataskan segala-galanya,” katanya.

Anak ketiga, Kharirul Fazli mula berasa tanggungjawab besar digalas sejak mengambil tugasan ayahnya selaku Pengerusi Agung PSSKTM.

Setakat ini Fazli yang mesra dipanggil ‘Abang Lie’ atau ‘Lie Pulau’ membuka 10 gelanggang silat kuntau tekpi dan yang terbaru di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Menurutnya, pesilat kuntau tekpi harus berbangga kerana persilatan mereka didaftar pada 1971 atas nama pertubuhan, bukan persatuan.

“Kalau nak diikutkan, masing-masing sibuk dengan urusan, namun saya memegang amanah abah supaya mesyuarat diadakan bagi mengelak pertubuhan ini terbatal jika tiga tahun tiada perkembangan.

“Justeru, Hari Hol yang kami anjurkan saban tahun, selain meraikan perkahwinan abang saya pada waktu sama perjumpaan ini, kami manfaatkan untuk semua guru kuntau tekpi bertukar fikiran untuk jasa pada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Anak kelima, Khairul Azwadi atau Edi setakat ini baru membuka satu gelanggang silat kuntau tekpi di Pusat Centralize Desa Pandan.

Bertugas sebagai pegawai polis di Bukit Aman, Edi sedar sukar membahagikan masa, namun dia puas hati mempunyai 10 keahlian lama dan 30 keahlian baru.

“Saya tidak mahu sibuk dijadikan alasan untuk tidak mencurah ilmu persilatan pada generasi baru. Saya ada cita-cita nak buka banyak gelanggang kuntau tekpi tetapi bukan waktu terdekat, siapa tahu jika diizin Allah selepas bersara nanti,” katanya.

Anak ketujuh, Amirul Mukminin mula mengajar silat kuntau tekpi ketika di tingkatan dua lagi di gelanggang Panglima Taib. Setakat ini beliau membuka gelanggang di Sekolah Menengah Tunku Putra Baling, Bandar Tasik Puteri, Rawang dan West Country, Jalan Reko, Kajang, Selangor.

Bertugas di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Amirul selaku Ketua Jurulatih Kanan dan Bendahari Agung PSSKTM menyasarkan membuka 10 gelanggang kuntau tekpi. Beliau membuka peluang kepada bangsa lain untuk mempelajari silat kuntau tekpi.

“Tahun lalu, kita menerima dua pemuda Cina dan seorang warga Amerika, Joshua Dalton sebagai murid. Istimewanya, Joshua minat belajar tekpi selepas membaca artikel Harian Metro yang dialih ke bahasa Inggeris di Internet.

“PSSKTM membuka pintu kepada bangsa lain mempelajarinya sebagai satu cara supaya legasi persilatan kuntau tekpi tidak mati serta diterima dari generasi ke generasi,”


Pengertian

SENI adalah satu gerak rohani yang diajar kepada peringkat menengah.
SILAT adalah gerak jasmani yang mana terdiri dari menangkis dan menyerang bagi mempertahankan diri.
KUNTAU adalah pergerakan & kaedah beladiri, yang keras dan mantap.
TEKPI adalah senjata melayu yang menjadi senjata rasmi silat ini.

[Silat Kuntau Tekpi]Matlamat

Menghidupkan semula dan memperkenalkan pusaka bangsa Melayu yang merupakan seni kebudayaan yang hampir pupus.Menanam semangat cintakan seni dan budaya bangsa Melayu.

  1. Menghidupkan semangat Panglima dalam diri para pesilat bagi menentang segala pencerobohan.
  2. Untuk menjauhkan pemuda-pemudi dari melibatkan diri dalam sebarang jenayah dan maksiat.
  3. Menentang segala unsur-unsur berbentuk tahyul dan khurafat dan menguatkan iktikad.

[Silat Kuntau Tekpi]Ikrar

Tidak menderhaka kepada Kedua Ibu-Bapa.
Tidak menderhaka kepada Sebarang Guru.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Tua.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Muda.
Tidak menderhaka kepada Saudara Seperguruan.
Tidak mencaci segala Rupabentuk Silat yang Lain.

[Silat kuntau Tekpi]Peringkat

Secara asasnya, silat ini mempunyai beberapa tangkisan serta mempunyai 21 buah asas, 21 buah kemahiran, 21 buah makanbalik, 7 pukulan tekpi 1 dan 7 pukulan tekpi 2.
  1. Talipinggang Putih - 21 buah asas
  2. Talipinggang Kuning - 21 buah meningkat
  3. Talipinggang Merah - 21 buah makan-balik
  4. Talipinggang Coklat - 14 buah tekpi 1 & 2
  5. Talipinggang Hitam - Buah tangkapan/kuncian peringkat tinggi.



Dunia yang penuh keajaiban...



1.Banaue Rice Terraces di Filipina
Dari gambar ini kelihatan luar biasa, ya, sawah irigasi kuno yang berumur 2000 tahun. Terletak di gunung Ifugao Filipina, terkenal dengan sebutan Banaue Rice Terraces. Tidak muluk-muluk, tapi Filipina merasa cukup puas seandainya Banaue Rice Terraces ditempatkan sebagai “Keajaiban Dunia ke Delapan”.
Diperkirakan, sawah yang ‘diukir’ di gunung Ifugo ini, dibuat dengan peralatan yang sangat tradisional oleh nenek moyang bangsa Filipin. Sawah petak ini berada di 1.500 meter di atas permukaan laut dan mengelilingi lereng gunung sejauh 10.360 kilometer persegi.
Yang luar biasa, nenek moyang sudah mengatur sedemikian rupa pengairan sawah yang berasal dari hutan yang berada atas persawahan itu. Penduduk setempat sampai hari ini masih menanampati juga sayuran di sawah itu.
Erosi, merupakan salah satu ancaman bagi keberadaan sawah kuno ini. Karenanya, pemerintah juga warga sekitar sangat peduli hal ini, perawatan serta rekonstruksi dilakukan terus menerus, untuk menjaga kelestariannya.
2.Sigiriya di Sri Langka
Ini adalah sisa-sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas bukit batu. Sigiriya atau Batu Singa, begitu sebutannya. Terletak di Matale District, Sri Lanka, dikelilingi hutan, waduk, juga kebun. Letaknya yang unik, ditambah dengan pemandangan menakjubkan, membuat Sigiriya banyak dikunjungi wisatawan. Melihat dari udara, Sigiriya seperti lukisan kuno yang mengingatkan orang pada Ajanta Caves di India.
Sigiriya dibangun pada masas pemerintahan Raja Kassapa I yang memerintah dari 477-495 AD. Tempat ini adalah satu dari tujuh peninggalan kuno yang dimiliki Sri Langka. Diduga, Sirigiya didiami sejak masa pra-sejarah. Lalu, pada abad ke-5 BC, tempat ini dipakai sebagai biara.
3. Tower of Hercules di Spanyol
Menara Hercules adalah mercu suar kuno peninggalan Romawi yang terletak di semenanjung, sekitar 2,4 kilometer (1,5 mil) dari pusat Corunna, Galicia, barat laut Spanyol. Nama Corunna berasal dari kolom kuno. Tinggi tower ini 55 meter menghadap pantai Atlantik Utara, Spanyol. Mercusuar Hercules berusia 1900 tahun, peninggalan Romawi yang masih beroperasi hingga kini Konon, usia tower ini sudah mencapai 1900 tahun, direhabilitasi tahun 1791. Ini adalah mercu suar peninggalan Romawi yang hingga kini masih difungsikan.
4. Toru, Kota Kuno di Polandia Utara yang Masih Eksis
Toru adalah kota di Polandia utara, persisnya di Vistula River. Ini adalah kota kuno yang telah ada sejak 1100 BC yang sampai sekarang masih eksis. Kota ini adalah kota kelahiran Nicolaus Copernicus (Seorang astronom, matematikawan, dan ekonom. Teorinya yang terkenal adalah matahari sebagai pusat Tata Surya, menjungkirbalikkan teori geosentris tradisional —yang menempatkan Bumi di pusat alam semesta— dianggap sebagai salah satu penemuan yang terpenting sepanjang masa, dan merupakan titik mula fundamental bagi astronomi modern dan sains modern.
Teori ini menimbulkan revolusi ilmiah) Torun kota kuno di Polandia masih eksis hingga kini. Diduga kota ini sudah ada tahun 1100 BC Toru menjadi cikal bakal pemukiman pertama di daerah itu, diperkirakan telah ada sejak 1100 BC. Kota itu berkembang pada abad pertengahan, yakni abad ke 7 hingga ke 13. Kemudian Kesatria Teutonic membangun benteng di sekitar pemukiman, antara tahun 1230-31. Pada 1263, biarawan Franciscan menetap di daerah itu mengikuti Dominika pada 1239.
Kota ini semakin berkembang dengan dibangunnya kota baru di dekat Toru. Kedua kota ini berkembang menjadi pusat perdagangan penting pada abad pertengahan.
Kalau anda melihat potret ini, sungguh menarik. Tempat ini sejak dulu hingga sekarang banyak dikunjungi. Kalau dulu karena menjadi kota dagang, sedang sekarang menjadi kota wisata yang sarat dengan sejarah masa lalu.
5.Ajanta Caves di India
Goa Ajanta di Maharashtra, salah satu dari banyak peninggalan kuno yang ada di India. Yang menakjubkan di goa ini banyak terdapat lukisan juga patung-patung Buddha bernilai seni tinggi. Diperkirakan, monumen-monumen yang ada dalam goa ini mulai digarap pada abad ke 2 BC.
Tapi goa di Ajanta ini kemudian ditinggalkan. Selama 1300 tahun goa ini terbengkalai, di bagian luar, belukar tumbuh tinggi, akhirnya menjadi hutan yang otomatis menyembunyikan keberadaan goa ini. Tidak ada yang pernah tahu bahwa di sana tersimpan ‘warisan dunia’ yang luar biasa. Sampai akhirnya pada musim semi tahun 1819 seorang perwira Inggris, tanpa sengaja memasuki ngarai yang curam.
Semakin dalam dia masuk ke sana, dan dia luar biasa kaget karena ia menemukan sebuah pintu tersembunyi di salah satu gua. Inilah kunjungan pertama manusia setelah ribuan tahun. Ketika ditemukan goa itu hanyalah ‘rumah’ burung dan kalelawar serta binatang lainnya. Kapten Smith kemudian melakukan eksplorasi pertama untuk mengetahui ‘isi’ dari goa misterius itu. Nama Kapten Smith ini diketahui, karena yang bersangkutan menuliskan namanya pada dinding goa dan tahun kedatangannya. Ia menulis, “Kapten Smith, April 1819”.
6. Lembah Bunga di Himalaya
Lembah Bunga adalah lembah yang berada di ketinggian Himalaya. Para pendaki juga ahli botani menggambarkan lembah itu luar biasa indah, sudah ada sejak lebih dari seabad lebih, bahkan dalam mitologi Hindu, penggambaran keberadaan lembah ini sudah ada sejak jaman dahulu kala.
Hamparan yang lembut, padang rumput di selingi bunga-bungaan warna warni, sangat indah dan nyaris menyesakkan nafas memandangnya. Lembah bunga yang indah semakin lengkap dengan adanya background gunung dan hutan. Lembah bunga ini dinyatakan taman nasional (Nanda Devi National Park) pada 1982. Masyarakat setempat mengetahui keberadaan lembah bunga ini, mereka meyakini bahwa tempat itu dihuni oleh kawanan peri.

7. Metéora, Bangunan di Puncak Gunung Batu Athos, Yunani
Lihat gambar-gambar ini, pasti anda takjub. Bagaimana bisa sebuah castile bisa berdiri di puncak gunung batu. Terbayangkan betapa sulitnya pembangunan castle ini, padahal usianya sudah ratusan tahun. Ini adalah kompleks biara-biara ortodoks Timur paling besar dan paling penting di Yunani. Persisnya, biara-biara ini dibangun di puncak gunung batu Athos.
Ada enam biara di kompleks ini. Persisnya berada di kawasan Thessaly, dekat sunagi Pineios, pinggir baratlaut Yunani Tengah.Yang cuku menarik adalah akses menuju biara yang sangat sulit. Konon, dulunya untuk mencapai biara digunakan tanggap panjang atau semacam jala yang dipakai untuk menaikkan dan menurunkan barang, termasuk manusia. Dibutuhkan kekuatan iman untuk bisa mencapai biara ini.

8.Chichen Itza
Merupakan peninggalan arkeologi suku Maya di Meksiko yang paling lengkap serta masih terawat dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangun antara tahun 502-522 Masehi. Suku Maya hanya menempatinya selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Itza merupakan titik sentral kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang.
9. Colosseum Italia, Roma
Adalah sebuah gedung pertunjukan yang besar/amphitheatre, terletak di Ibukota Negara Italia, Roma, bernama asli “Flavian Amphitheatre”, didirikan oleh Raja Vespasian dan terselesaikan oleh anaknya Titus. Ada yang berpendapat bahwa Colosseum dibuat pada tahun 79 SM. Asal nama Colosseum berasal dari sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40 m yang bernama Colossus. Tempat ini di set untuk menampung 50.000 orang penonton.
10. Great Wall of China
Tembok Raksasa Cina atau Tembok Besar merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Cina. Panjangnya adalah 6.400 kilometer (dari kawasan Sanhai Pass di timur hingga Lop Nur di sebelah barat) dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongol dari Utara pada masa itu. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m. Untuk membuat tembok raksasa ini, diperlukan waktu ratusan tahun di zaman berbagai kaisar.
11. Machu Picchu di Peru
Machu Picchu (“Gunung Tua” dalam bahasa Quechua; sering juga disebut “Kota Inca yang hilang”) adalah sebuah lokasi reruntuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pegunungan pada ketinggian sekitar 2.350 m. diatas permukaan laut. Berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangun pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Spanyol berhasil menaklukan Kerajaan Inka.
12. Petra di Yordania
Adalah sebuah situs arkeologikal di Yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Yordania. Simbol teknik dan perlindungan. Kota ini didirikan dengan mengali dan mengukir cadas setinggi 40 meter. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9SM-40M oleh Raja Aretas IV sebagai kita yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir. Nabatean membangun Petra dengan sisitem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, sehingga mencegah banjirmedadak. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.
13. Taj Mahal di Agra, India
Adalah sebuah monumen yang terletak di Agra, India. Dibangun atas keinginan Kaisar Mughal Shah Jahan, anak Jahangir, sebagai sebuah musoleum untuk istri Persianya, Arjumand Banu Begum, juga dikenal sebagai Mumtaz-ul-Zamani atau Mumtaz Mahal. Pembangunan menghabiskan waktu 23 tahun (1630-1653) dan merupakan sebuah adi karya dari arsitektur Mughal. Shah Jahan memerintahkan Ustad Ahmad membuat bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20.000 orang pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan menara yang buat dari marmer putih, serta seni mozak yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya yaitu berlian, jed, kristal, topaz, dan nilam telah digunakan untuk memper indah Taj Mahal.
14. Giza Pyramid – Nekropolis Giza
Adalah piramida tertua dan terbesar dari tiga piramida yang ada di Nekropolis Giza. Dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu. Dibangun selama lebih dari 20 tahun dan diperkirakan berlangsung pada sekitar tahun 2560 SM. Tiga piramida yang lebih kecil untuk istri Khufu, dan sebuah piramida “satelit” yang lebih kecil lagi, berupa lintasan yang ditinggikan, dan makam-makam mastaba berukuran kecil di sekeliling piramida para bangsawan.

15. Acropolis of Athens – Athena
Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m, dan ada beberapa reruntuhan bangunan kuno yang dulunya adalah kuil yg menjadi pusat sejarah Athena. Mulai dibangun 1.300 tahun SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sampai kerajaan Persia menghancurkannya di tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Yunani mengalahkan Persia dan membangun ulang kuil-kuil itu. Antara tahun 467 sampai 404 SM, bangunan tersebut selesai dibangun. Pada tahun 1834 Athena menjadi ibukota Yunani, raja Otto menetapkan Acropolis sebagai bangunan arkeologi yang dilindungi. Tahun 1975 Acropolis direstorasi.
16. Alhambra – di Granada, Spanyol
Adalah nama sebuah kompleks istana sekaligus benteng yang megah dari kekhalifahan bani ummayyah di Granada, Spanyol bagian selatan (dikenal dengan sebutan Al-Andalus ketika benteng ini didirikan), yang mencakup wilayah perbukitan di batas kota Granada. Istana ini dibangun sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.
17. Christ The Redeemer
Atau Patung Kristus Penebus (bahasa Portugis: Cristo Redentor) adalah patung Yesus Kristus dengan gaya arsitektur Art Deco terbesar dan terdapat di Rio de Janeiro, Brasil. Patung memiliki tinggi 38 meter dan terletak di puncak dari Gunung Corcovado yang tingginya 710 m di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke kota.
Itulah 17 Keajaiban Dunia  yang masih terjaga hingga kini. Semoga bisa menambah wawasan dan pengetahuan kita, wassalam.