PaRa SahaBat KliK aLhaMduLiLLah aDa JuGa ReZeKi SaYa. nuffnang Ads


Isnin, 25 Jun 2012

Lebuhraya SMART Ditutup Rabu Ini






Lebuhraya SMART Ditutup Rabu Ini : Terowong SMART atau Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau di dalam bahasa Inggerisnya: “Stormwater Management and Road Tunnel“ (SMART) dengan kod E 38 adalah suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut.

SMART merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Panjang terowong tersebut sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.
Lebuhraya SMART di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula 11 malam pada Rabu, 27 Jun sehingga 6 pagi Khamis, 28 Jun bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.
Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd, dalam kenyataannya hari ini, menyatakan pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan