Seni Silat Kuntau Tekpi ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di Kedah sejak kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.
Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Allahyarhamah Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak nya Allahyarham Pakguru Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Allahyarham iaitu A.Sani yang kini menjadi Paduka Ayahnda Guru Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia.
Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.
Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.
Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.
DALAM filem 6 Jahanam, kita terpana melihat Tantari (lakonan Tan Sri P Ramlee) tangkas bermain tekpi, sejenis senjata bercabang tiga.
Namun, ramai tidak menyedari tujuh tahun sebelum Merdeka Studio, Hulu Klang menerbitkan filem itu, pengarah Salleh Ghani terlebih dulu memperkenalkan tekpi, senjata digunakan srikandi Melayu melalui filem Tun Fatimah terbitan Cathay Kris Film di Singapura pada 1962.
Namun, beliau bersyukur sempat mencurah ilmu kepada P Ramlee pada era 1960-an, selain menggunakan laman rumah Salleh di Kampung Klang Gate Baru pada hujung 1980-an sebagai gelanggang bagi melahirkan pendekar tekpi.Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Siput, Jalan Weng, Baling, Kedah, Abdul Sani yang mesra dipanggil Cikgu Sani atau Pak Guru sedar kudratnya tidak mengizinkan beliau membuka gelanggang tekpi lagi.
Bagaimanapun, beliau berbangga selama setengah abad memperjuangkan seni silat kuntau tekpi, anak jati Kampung Weng, Baling ini membuka lebih 300 gelanggang silat tekpi, sekali gus melahirkan lebih 30,000 pendekar tekpi.
Keahlian tekpi aktif kini lebih 5,000 orang, termasuk seorang pemuda Amerika Syarikat yang belajar tekpi selama empat bulan pada tahun lalu.
“Saya cuma meneruskan amanah moyang saya, Panglima Taib Wan Hussin hingga ke ayah saya, Allahyarham Zainol Abidin Endut untuk tekpi terus bertapak dari generasi ke generasi.
“Faktor usia, selain sekarang banyak menghabiskan masa di kampung, menyukarkan saya bergiat aktif. Saya sandarkan tanggungjawab ini pada anak dan daripada lapan beradik, empat anak saya menjadi harapan bagi meneruskan legasi tekpi,” katanya.
Jika sebelum ini Cikgu Sani menjawat Pengerusi Agung PSSKTM sejak dua tahun lalu, tanggungjawab itu kini diserah kepada anak ketiganya.
Bekas perisik ATM ini berkahwin dengan Latifa Che Ya (kini Allahyarham) dan dikurniakan lapan anak, iaitu Noor Anifah, 46; Khairul Nizar, 42; Kharirul Fazli, 40; Nor Zifahani, 37; Khairul Azwadi, 32; Nur Alita, 30; Amirul Mukminin, 23, dan Amira Natasha, 17. Beliau kini berkahwin dengan Ku Anizah Ku Ain dan dikurnia 15 cucu.
Semua anaknya diajar bersilat sejak kecil, malah ada yang berjaya membuka gelanggang tekpi. Lebih istimewa, anak sulungnya, Noor Anifah pernah meraih perak untuk negara pada Sukan Sea 1989 dan pingat perak mewakili Selangor di Kejohanan Silat Kebangsaan 1998.
Anak keempatnya pula mewakili Kedah di Sukan Sukma 1995, begitu juga anak bongsunya mewakili negeri jelapang padi itu untuk silat olahraga.
Berdasarkan catatan, tekpi dipercayai berasal dari China sebelum tiba di Kedah melalui pedagang India dan China di utara tanah air bersempadan dengan Thailand.
Ia dikatakan berakar sejak 1556 apabila diajar kali pertama kepada Sultan Kedah. Susur galur keturunan Cikgu Sani pula daripada Panglima Taib, panglima istana yang bertanggungjawab menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.
Panglima Taib mewariskan ilmu itu kepada anaknya, Allahyarham Siti Aminah yang digelar Srikandi Kedah, seterusnya diwarisi anaknya, Zainol hingga ke generasi Cikgu Sani. Bagi Cikgu Sani, selain ketangkasan bermain tekpi, penambahan ilmu secara ritual antara amalan diamalkan sebelum ini, seperti membersihkan diri dengan ‘berkhalwat’ di Gunung Ledang sehingga 101 hari mengikut ketahanan pesilat.
“Paling cepat pesilat tekpi berkhalwat di Gunung Ledang selama tiga hari, malah ada mencecah seminggu, 21 hari, 41 hari dan 101 hari. Dalam tempoh berkhalwat, pesilat dikehendaki berpuasa, seterusnya mengamalkan zikir. Berbuka ala kadar, tetapi bukan untuk kenyang.
“Kita juga buat mandi minyak, tetak lengan, bersilat atas kaca selain terjun ke gelung api. Bagaimanapun, tidak semua diterima menjalani amalan ini. Lazimnya kita buat saringan untuk memilih mereka yang layak, terutama yang bersih jiwanya.
“Ini perlu kerana kita tidak mahu anak muda taksub lalu takbur dengan ilmu yang mereka miliki. Paling penting, mereka harus menghormati persilatan lain sebagai satu rumpun Melayu,” katanya.
Jalinan ukhuwah dititikberatkan Cikgu Sani apabila saban tahun mengadakan perjumpaan dinamakan Hari Hol di gelanggang Panglima Taib.
Penghujung tahun lalu, selain menyampaikan selempang kepada tetamu VIP seperti Adun Bayu, Azmi Che Hussein; pewaris diraja Perak, Raja Ahmad Nazri dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Affifudin Omar, setiap wakil negeri dikehendaki mengadakan demonstrasi dengan Terengganu menjuarai.
Selaku anak sulung, Noor Anifah berkata, Hari Hol PSSKTM ke-26 baru-baru ini memberi impak tersendiri berikutan ramai generasi baru menghadirinya.
Secara peribadi, Noor Anifah yang juga pegawai polis IPD Daerah Perak Tengah tertarik dengan pasukan Terengganu dipimpin Kapten Baharuddin Abdul Ghani apabila dua beradik, Mohd Firdaus Arif, 10, dan Mohd Hidayat Arif, 7, turut mahir bermain tekpi.
“Kedua-duanya masih kanak-kanak tapi jiwa pendekar mereka terbukti. Hari Hol lazimnya dibuat di Kampung Pak Guru di Baling tetapi timbul cadangan untuk membawanya di luar dan tidak mustahil untuk 2012, Terengganu pula menjadi tuan rumah perjumpaan PSSKTM,” katanya.
Anak kedua, Khairul Nizar selaku Ketua Guru Jurulatih Kanan berkata, sekalipun bermain tekpi sejak berusia lima tahun, beliau turut mempelajari seni bela diri lain seperti silat cekak dan taekwondo. Ketika menuntut di Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, beliau belajar silat gayung.
“Abah memang galak saya belajar seni bela diri lain bagi menambah ilmu. Saya beruntung kerana sempat berjumpa arwah datuk, dan sebagai cucu-cicit Panglima Taib, menjadi tanggungjawab kami adik-beradik memastikan tekpi dapat diteruskan oleh anak cucu kami,” katanya.
Khairul Nizar yang bertugas sebagai Jurulatih Pemandu Shell pernah mewakili Negeri Sembilan dalam acara silat di Sukma 1991. Beliau paling aktif membuka gelanggang silat kuntau tekpi di Port Dickson apabila setakat ini enam gelanggang dibukanya serta di merata sekolah.
“Ikutkan, saya nak buka banyak lagi gelanggang tekpi, tapi komitmen saya dengan tugasan di Putrajaya membataskan segala-galanya,” katanya.
Anak ketiga, Kharirul Fazli mula berasa tanggungjawab besar digalas sejak mengambil tugasan ayahnya selaku Pengerusi Agung PSSKTM.
Setakat ini Fazli yang mesra dipanggil ‘Abang Lie’ atau ‘Lie Pulau’ membuka 10 gelanggang silat kuntau tekpi dan yang terbaru di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Menurutnya, pesilat kuntau tekpi harus berbangga kerana persilatan mereka didaftar pada 1971 atas nama pertubuhan, bukan persatuan.
“Kalau nak diikutkan, masing-masing sibuk dengan urusan, namun saya memegang amanah abah supaya mesyuarat diadakan bagi mengelak pertubuhan ini terbatal jika tiga tahun tiada perkembangan.
“Justeru, Hari Hol yang kami anjurkan saban tahun, selain meraikan perkahwinan abang saya pada waktu sama perjumpaan ini, kami manfaatkan untuk semua guru kuntau tekpi bertukar fikiran untuk jasa pada agama, bangsa dan negara,” katanya.
Anak kelima, Khairul Azwadi atau Edi setakat ini baru membuka satu gelanggang silat kuntau tekpi di Pusat Centralize Desa Pandan.
Bertugas sebagai pegawai polis di Bukit Aman, Edi sedar sukar membahagikan masa, namun dia puas hati mempunyai 10 keahlian lama dan 30 keahlian baru.
“Saya tidak mahu sibuk dijadikan alasan untuk tidak mencurah ilmu persilatan pada generasi baru. Saya ada cita-cita nak buka banyak gelanggang kuntau tekpi tetapi bukan waktu terdekat, siapa tahu jika diizin Allah selepas bersara nanti,” katanya.
Anak ketujuh, Amirul Mukminin mula mengajar silat kuntau tekpi ketika di tingkatan dua lagi di gelanggang Panglima Taib. Setakat ini beliau membuka gelanggang di Sekolah Menengah Tunku Putra Baling, Bandar Tasik Puteri, Rawang dan West Country, Jalan Reko, Kajang, Selangor.
Bertugas di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Amirul selaku Ketua Jurulatih Kanan dan Bendahari Agung PSSKTM menyasarkan membuka 10 gelanggang kuntau tekpi. Beliau membuka peluang kepada bangsa lain untuk mempelajari silat kuntau tekpi.
“Tahun lalu, kita menerima dua pemuda Cina dan seorang warga Amerika, Joshua Dalton sebagai murid. Istimewanya, Joshua minat belajar tekpi selepas membaca artikel Harian Metro yang dialih ke bahasa Inggeris di Internet.
“PSSKTM membuka pintu kepada bangsa lain mempelajarinya sebagai satu cara supaya legasi persilatan kuntau tekpi tidak mati serta diterima dari generasi ke generasi,”
Pengertian
SENI adalah satu gerak rohani yang diajar kepada peringkat menengah.
SILAT adalah gerak jasmani yang mana terdiri dari menangkis dan menyerang bagi mempertahankan diri.
KUNTAU adalah pergerakan & kaedah beladiri, yang keras dan mantap.
TEKPI adalah senjata melayu yang menjadi senjata rasmi silat ini.
[Silat Kuntau Tekpi]Matlamat
Menghidupkan semula dan memperkenalkan pusaka bangsa Melayu yang merupakan seni kebudayaan yang hampir pupus.Menanam semangat cintakan seni dan budaya bangsa Melayu.
- Menghidupkan semangat Panglima dalam diri para pesilat bagi menentang segala pencerobohan.
- Untuk menjauhkan pemuda-pemudi dari melibatkan diri dalam sebarang jenayah dan maksiat.
- Menentang segala unsur-unsur berbentuk tahyul dan khurafat dan menguatkan iktikad.
[Silat Kuntau Tekpi]Ikrar
Tidak menderhaka kepada Kedua Ibu-Bapa.
Tidak menderhaka kepada Sebarang Guru.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Tua.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Muda.
Tidak menderhaka kepada Saudara Seperguruan.
Tidak mencaci segala Rupabentuk Silat yang Lain.
Tidak menderhaka kepada Sebarang Guru.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Tua.
Tidak menderhaka kepada Saudara yang Muda.
Tidak menderhaka kepada Saudara Seperguruan.
Tidak mencaci segala Rupabentuk Silat yang Lain.
[Silat kuntau Tekpi]Peringkat
Secara asasnya, silat ini mempunyai beberapa tangkisan serta mempunyai 21 buah asas, 21 buah kemahiran, 21 buah makanbalik, 7 pukulan tekpi 1 dan 7 pukulan tekpi 2.
- Talipinggang Putih - 21 buah asas
- Talipinggang Kuning - 21 buah meningkat
- Talipinggang Merah - 21 buah makan-balik
- Talipinggang Coklat - 14 buah tekpi 1 & 2
- Talipinggang Hitam - Buah tangkapan/kuncian peringkat tinggi.
salam, cm mne nk join silat ni.? amat brminat
BalasPadamaskm sy minat main tekpi sy duduk bkt mertajam mcmn sy nk sertai pertubuhan nie ye...
BalasPadamArea PJ ada tak gelanggang terdekat..mohon diberi petunjuk..
BalasPadamPegi je baling.. Tol lunas bru rm 1.60
PadamArea PJ ada tak gelanggang terdekat..mohon diberi petunjuk..
BalasPadamsalam..area sungai petani lokasi.di mana?
BalasPadamsalam..area sungai petani lokasi.di mana?
BalasPadamSalam....saya anak kepada rabiah bte hassan..katanya anak murid cikgu sani...nak brtanya..adakah pertubuhan silat ini pernah buka gelanggang di bukit belacan pada tahun lebih kurang 1974/75....?
BalasPadamYa
PadamSalam...dimanakah rabeah binti hassan skrg
PadamSalam....saya anak kepada rabiah bte hassan..katanya anak murid cikgu sani...nak brtanya..adakah pertubuhan silat ini pernah buka gelanggang di bukit belacan pada tahun lebih kurang 1974/75....?
BalasPadamYa...01110302330
PadamSalam ada ka gelanggang silat ni di sabah, kalo ada minta no tel gelanggang
BalasPadamSalam. Boleh saya dapatkan ctc no. En. Baharuddin Abdul Aziz a.k.a. Uncle Bob. Saya anak murid dia di msm kuala lumpur, tmn shamelin perkasa, cheras tahun 1993
BalasPadamAssalamualaikum. Masih ada lagikah guru-guru yang mengajar di kawasan alor setar? Say sudah lama mencari guru silat kuntau tekpi. Sebolehnya saya harap saudara dapat berikan nama, nombor Dan alamat guru itu. Terima Kasih.
BalasPadam01110302330
PadamAssalamualaikum.,Mohon izinkan saya
BalasPadamAssalamualaikum.,Saya Eddy;
BalasPadamTuan mohon izin jika tiada keberatan untuk saya turut serta mempelajari Seni Silat kuntau tekpi di gelanggang pusat Centralize desa pandan.Bagaimana untuk saya hubungi tuan.,semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.insyallah